SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

02 October 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BERLOKASI SEKOLAH SIRI 6/2011

Pada tanggal 01 Oktober 2011(Sabtu).Buat sekian kalinya SK Bukit Tok Beng telah mengadakan kursus untuk warga pendidik dan staffnya.Latihan dalam perkhidmatan berlokasi sekolah siri ke 6 bagi tahun 2011 ini merangkumi 3 slot yang telah diperuntukan dalam kursus ini.Tajuk slot 1 ialah Integriti dan Pendirian Seorang Pegawai Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tn.Hj. Mohammed b. Embong Ketua Penolong Pengarah,Sektor Jaminan dan Kualiti,Jabatan Pelajaran Terengganu.Manakala Slot 2 penceramahnya ialah En.Mohd Nasir b. Jusoh,Penolong Pengarah Tingkatan Enam,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu di bawah tajuk"Peranan dan Tanggungjawab Pendidik Mengikut Perspektif Islam".Banyak perkara yang telah dikupas oleh kedua-dua penceramah jemputan berkenaan dengan tajuk di atas.Diharap pihak sekolah dapat meneruskan lagi kursus-kursus seperti ini bagi memantapkan lagi kerja buat guru-guru dan staff SK Bukit Tok Beng.

25 September 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA IDUL FITRI PERINGKAT SK BUKIT TOK BENG 2011

Pada tanggal 25 September 2011 SK Bukit Tok Beng telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Idulfitri Peringkat sekolah dengan kerjasama PIBG SK Bukit Tok Beng.Majlis hari raya pada kali ini disambut secara sederhana tetapi meriah.pada tahun ini Pelbagai program telah diatur dan disusun antaran program yang dibuat seperti Tayangan klip video Ipin dan Upin berkenaan sambutan Syawal,Nyanyian lagu-lagu nasyid yang dipersembahkan oleh murid-murid SK Bukit Tok Beng serta Jamuan Hari Raya.Diharap pihak penganjur dapat melaksanakan program yang menjadi acara tahunan ini lebih meriah lagi pada tahun hadapan.

22 September 2011

1 MURID 1 SUKAN PASCA UPSR

Unit Sukan SK Bukit Tok Beng telah menganjurkan pertandingan permainan 1Murid 1Sukan Pasca UPSR untuk murid Tahun Enam.Permainan yang dianjurkan ini melibatkan Permainan Bola Sepak 7 sebelah bagi murid lelaki dan Bola Jaring bagi murid-murid perempuan.Permainan ini disusun mengikut rumah sukan,sebelum pertandingan dijalankan murid-murid diberi latihan selama dua hari bermula hari Selasa dan Rabu(20-21.9.2011)Pertandingan dijalankan pada Hari Khamis 22.9.2011.

MOTIVASI MURID TAHUN 5 (2011)

SK Bukit Tok Beng terus memantapkan murid-murid dengan aktiviti motivasi bagi murid Tahun 5.Motivasi ini dianjurkan unit Bimbingan dan kaunseling SK Bukit Tok Beng.Murid-murid didedah mengenai persediaan pembelajaran untuk menghadapi UPSR 2012 nanti.Motivetor sesi kali ini didatangkan dari Kuala Lumpur.


20 September 2011

LAWATAN PEGAWAI KHAS LINUS PPD.K.TRG KE SKBTB

Hari Selasa 20 September 2011 dua orang Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu telah hadir ke SK Bukit Tok Beng.Tujuan kedatangan mereka adalah untuk memantau perjalanan Program Linus di sekolah.Kehadiran mereka berdua telah disambut oleh Guru Besar SK Bukit Tok Beng,En. Sulaiman B.Saian.Mereka berdua juga telah memantau kelas Linus dan mengadakan sesi perbincangan dengan guru-guru Linus SK Bukit Tok Beng.Kedatangan pegawai khas Linus ini dapat membantu memperkemaskan lagi program Linus di SK Bukit Tok Beng















.

13 September 2011

KEHADIRAN PEMIMPIN MASYARAKAT DAN JPNT DI SKBTB SEMPENA UPSR 2011

Murid-murid Tahun 6 UPSR 2011 SK Bukit Tok Beng amat bertuah kerana mendapat sokongan dari pemimpin masyarakat dan juga daripada Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu ketika mereka menghadapi UPSR 2011.Sokongan yang jitu ini dapat dilihat dengan kehadiran Ahli Parlimen Kuala Nerus,Dato'Hj.Md. Nasir B. Tan Sri Ibrahim Fikri,Ahli Dewan Undangan Seberang Takir Merangkap Exco Pendidikan,Teknologi dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu YB.Tn.Hj.Abdul Razif B. Abdul Rahman.Begitu Juga Sokongan dari para pegawai Jabatan Pelajaran negeri Terengganu yang terdiri daripada Ketua Sektor Jaminan Kualiti(SJQ),YM.Tg.Md.Yusoff B. Tg.Mansur,Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, En. Zakaria b. Ali dan lain-lain pegawai telah hadir pada hari pertama Ujian Penilaian Sekolah Rendah.Kehadiran mereka telah memberikan satu impak kepada warga SK Bukit Tok Beng dan khasnya kepada murid-murid Tahun 6 yang menjalani Peperiksaan UPSR bagi mengapai kejayaan yang cemerlang.

12 September 2011

PROGRAM TITISAN ILMU

Program Titisan Ilmu ini dianjurkan oleh Unit UBK SK Bukit Tok Beng.Program yang dijalakan ini khusus bagi murid-murid tahun Enam dan disaksikan oleh adik adik mereka di lain-lain tahun.Program ini bertujuan mendapat keredhaan daripada guru-guru segala ilmu yang telah dititiskan oleh mereka sejak dari Tahun satu hinggalah ke Tahun enam.Dengan keredhaan ini diharap ilmu yaang murid-murid dapat daripada guru-guru mereka ini mendapat keberkatan dan seterusnya mereka akan mengunakan ilmu itu untuk menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) yang akan bermula pada hari Selasa 13 September 2011 ini.Semoga murid-murid Tahun Enam mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2011 nanti.

08 September 2011

PROGRAM GURU PELATIH PBS 1 MINGGU

Pada 4 September 2011 SK Bukit Tok Beng menerima guru pelatih PBS 1 Minggu.Seramai 4 orang guru pelatih telah menimba ilmu di SK Bukit Tok Beng ini. Mereka terdiri dari En.Hairie Ikhwan Firdaus b. Fadzil,Cik Norhashikin bt. Harun,Cik Norbara'ah bt. Ahmad Naspu.Mereka ini dari IPG Kampus Afzan Kuantan.Manakala En.Md Khairul amin b. Mohamad dari IPG Kampus Rajan,Sarawak.8 September 2011 mereka selesai menjalani PBS di SK Bukit Tok Beng.Selamat berjaya buat mereka berempat.
Bergambar kenang-kenangan bersama-sama dengan En. Sulaiman B. Saian, Tuan Guru Besar SK Bukit Tok Beng.

26 August 2011

AMBANG RAYA MERDEKA PERINGKAT SKBTB 2011


Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng telah mengadakan Sambutan Ambang Hari Raya Idul Fitri dan Ambang Merdeka Pada 25 Ogos 2011.Beberapa aktiviti telah disusun sempena sambutan untuk kedua-dua Majlis tersebut.Sambutan ini diadakan di dalam dewan kerana Majlis ini dijalankan dalam suasana berpuasa.Untuk Majlis Sambutan Ambang Merdeka bolehlah dilihat menerusi gambar-gambar di bawah ni.



Majlis Sambutan di ambang Hari Raya Idul Fitri juga dilaksanakan pada hari yang sama selepas sambutan di ambang Merdeka.Sambutan di ambang Hari Raya ini di isi dengan penyampaian Hamper Raya kepada anak-anak yatim dan anak-anak miskin.Sebelum itu tazkirah berkenaan dengan Sambutan Idul Fitri mengikut sunnah Nabi S.A.W telah disampaikan oleh Ustaz Rahiman Nahadi.Tuan Guru Besar dan PK Pentadbiran juga menyampaikan ucapan sempena Hari Raya.Sebelum bersurai murid-murid menerima duit Raya dan diakhiri dengan bersalaman dengan guru-guru.

PROGRAM GURU PELATIH PBS

Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng telah menerima 2 orang guru pelatih dari IPG Kampus Dato' Razali Ismail Kuala Terengganu.Kedua-dua guru pelatih ini menjalani jalani Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan telah mengikuti latihan Pengalaman Berasaskan Sekolah selama 8 minggu di SK Bukit Tok Beng.Mereka Melapor diri pada 4 Julai 2011 berakhir pada 25 Ogos 2011.Pihak SK Bukit Tok Beng mengucapkan terima kasih di atas kesudian mereka menjalani latihan PBS di sekolah ini.

25 August 2011

PROGRAM IHYA' RAADHAN 2011M/1432H

Panitia Agama Islam dengan Kerjasama Persatuan Agama Islam & Jawi SK bukit Tok Beng telah berjaya menganjurkan Program Ihya' Ramadhan. aktiviti yang dijalankan ini adalah untuk menghidupkan suasana di bulan Ramadhan yang mulia di kalangan warga sekolah.

Objektif:
1.Menghidupkan syiar Ramadhan melalui aktiviti di kalangan murid dan guru.
2.Memberi imformasi tentang aktiviti sekolah sepanjang bulan Ramadhan kepada warga sekolah.
3.Meningkatkan pengetahuan dan penghayatan murid-murid tentang bulan Ramadhan.
4.Mengujipengetahuan murid tentang ibadah puasa di bulan Ramadhan.
5.Mencunkil bakat murid dalam penulisan Jawi.
6.Mewujudkan persaingan sihat dikalangan murid melalui pertandingan yang dianjurkan.

Penganjur mengharapkan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melalui Program Ihya'Ramadhan ini dapat
memberi impak yang besar kepada warga sekolah ini. Semoga usaha yang dijalankan ini dapat meningkatkan pengetahuan dan amalan serta diberkati Allah di dalam bulan mulia yang penuh dengan keberkatan ini.

22 August 2011

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN BERBUKA PUASA 2011M/1432H

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN ““ إِفْطَارُ جَمَاعِي
PERINGKAT SEKOLAH SK.BUKIT TOK BENG,21300 KUALA TERENGGANU
PADA : 22 OGOS 2011M BERSAMAAN 22 RAMADHAN 1432H ( ISNIN )
MASA : 5.00 PETANG
TEMPAT:1. DEWAN SEKOLAH (KHATAM AL-QURAN )
2. DEWAN MAKAN ASRAMA DESA SKBTB ( BERBUKA PUASA )
TEMA: “ RAMADHAN BULAN BERKAT, TAKWA KITA PERTINGKAT “
Anjuran : Panitia Agama Islam & Asrama Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng
OBJEKTIF:
1.MELAHIRKAN UMMAT YANG CINTAKAN AL-QURAN DAN MENJADIKANNYA SEBAGAI SUMBER PERUNDANGAN
YANG TERBAIK DALAM MENJALANI KEHIDUPAN.
2.MENDIDIK DIRI DENGAN MEMBIASAKAN LIDAH MEMBACA AL-QURAN SEBAGAI TERAPI JIWA
3.MENGANGKAT KEMULIAN AL-QURAN SEBAGAI SALAH SATU MUKJIZAT NABI MUHAMAD S.A.W.
4.MELAKSANAKAN SYIAR ISLAM YANG MENGGALAKAN AKTIVITI BERBUKA
PUASA SECARA BERJAMAAH.
5.MERAPATKAN HUBUNGAN SILAHTURAHIM DI ANTARA MURID,GURU,
IBUBAPA DAN KOMUNITI SETEMPAT.
Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini,Program Tadarus AlQuran telah diadakan bagi merancakkan lagi penghayatan bulan yang penuh keberkatan ini.Seramai 30 orang murid terpilih telah menyertai Tadarus yang diadakan pada waktu pagi dan rehat murid .Mereka dibahagi kepada 10 kumpulan kecil mengikut tahap masing-masing. Mereka terdiri dari Tahun 4,5 dan 6.Guru-guru turut serta dalam menyertai bacaan murid-murid tersebut.
Majlis Khatam yang dijalankan adalah majlis kemuncak yang menyempurnakan lagi program yang diatur.

08 August 2011

KUNJUNGAN AUDIT DALAM KPM TERENGGANU KE SK BUKIT TOK BENG

SK Bukit Tok Beng telah menerima tetamu dari Audit DLM KPM Terengganu seramai 4 orang. Rombongan ini telah hadir seawal jam lapan pagi lagi.Rombongan Audit DLM KPM ini diketuai oleh Encik Abdul Rahman b. Che Muda dan tiga ahli lagi iaitu En.Adli b. Jusoh, Maziah bt. Ibrahim dan Nor Aznin bt. Zaini.Para Juruaudit ini akan membuat auditan di bahagian makmal komputer, Asrama, Bahagian Aset,Kewangan dan RMT.Rombongan Auditan ini akan berada di SK Bukit Tok Beng bermula hari ini 8 Ogos dan dijangka berakhir pada 11 Ogos.








04 August 2011

KEPRIHATINAN PADA YANG MEMERLUKAN

Guru besar SKBTB En. Sulaiman Saian mewakili warga SKBTB telah menyampaikan sumbangan kepada En. Mohd Noor, pengawal keselamatan SKBTB. Sumbangan ini adalah keprihatinan warga SKBTB terhadap musibah yang dihadapi oleh anak En. Mohd Noor. Diharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menggembirakan En. Mohd Noor sekeluarga. Untuk pengetahuan warga SKBTB, anak En. Mohd Noor yang berusia 7 tahun, bersekolah di SK Tok Jiring menghidap penyakit kegagalan buah pinggang. Sekarang dia sedang dirawat di Hospital Besar Kuantan, Pahang. Sama-sama kita doakan anak En. Mohd Noor cepat sembuh seperti sediakala.


02 August 2011

PEMANTAUAN JKJR

SK Bukit Tok Beng telah menerima rombangan daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya Cawangan Negeri Terengganu. Rombongan ini diketuai oleh Pengarahnya sendiri iaitu En. Amirul b. Abdul Rahman.
Kedatangan JKJR ini bertujuan melihat kefahaman murid-murid SK Bukit Tok Beng dari segi Penggunaan Jalan Raya yang betul.Dengan tujuan itu JKJR telah mengadakan ujian kepada murid tahun 2 Amanah dan 5 Jujur. Seramai 10 orang murid dari kedua-dua kelas tersebut mendapat markah 100%
Pihak JKJR juga sudi menyampaikan secara ringkas ceramah kepada murid-murid tahap 1.Ceramah ini telah di sampaikan olah Pegawai Operasi JKJR Terengganu iaitu Tn. Hj.Ramli b.Jusoh.Penghujung ceramah beliau telah diselitkan dengan kuiz dan 3 orang murid telah mendapat 3 buah topi keledar kerana mereka berjaya menjawab soalan kuiz dengan tepat dan juga seorang guru.
Warga SK Bukit Tok Beng mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian rombongan JKJR memilih SK Bukit Tok Beng sebagai Sekolah pemantauan JKJR.

31 July 2011

Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama Sesi 2011/2012

Pada 31 Julai 2011 telah diadakan Mesyuarat AJK Kali Pertama Sesi 2011/2012.Dalam Ucapan YDP yang baru En.Nasir b. Awang mengharapkan semua AJK yang dilantik dari kalangan ibubapa dan guru dapat memberikan kerjasama dalam semua aspek bagi kecemerlangan dan kebajikan murid SK Bukit Tok Beng.
Dalam Mesyuarat tersebut, Guru Besar SK Bukit Tok Beng, En.Sulaiman b. Saian telah memaklumkan beberapa program yang telah berjaya dilaksanakan.Antara program tersebut ialah Kem Melonjakkan Prestasi UPSR, Program Ihya'Al-Quran.
Semasa bermesyuarat beberapa cadangan telah dikemukakan oleh ibubapa antaranya "Kedudukan Sign Board Yang perlu diubahsuai tempatnya, kerana kurang jelas.Mohon lampu jalan di jalan masuk ke SK Bukit Tok Beng dan lain-lain cadangan.Mesyuarat berakhir jam 4.30 Petang.







29 July 2011

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2- TAHAP 2

Pada Hari Khamis 29 Julai 2011,Kem Bestari Solat Siri ke-2 bagi murid-murid Tahap 2 telah berjaya diadakan. Objektif utama Kem Bestari Solat diadakan supaya Murid-murid SKBTB dapat menguasai bacaan dan perlakuan dalam Solat. Kem Bestari Solat tersebut telah dibantu oleh Guru-guru KAFA SKBTB. Kem Bestari Solat Juga bertujuan melatih murid-murid tahun 6 mengetahui cara pelaksanaan Solat Jenazah yang betul. Kem Bestari Solat pada hari tersebut diakhiri dengan zikir munajat dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Rusnani Bt Abu Bakar.

27 July 2011

KURSUS ASAS KAEDAH MEMBACA CARA FONETIK

KURSUS ASAS KAEDAH MEMBACA CARA FONETIK berjaya dilaksanakan pada Hari Selasa 27 Julai 2011 yang lalu.Kursus Asas ini dikelolakan Unit PRA SK Bukit Tok Beng. Kursus ini dianjurkan dengan tujuan dapat memberikan pendedahan asas kaedah mengajar secara fonetik kepada guru-guru dan ibubapa di rumah.Peserta-peserta kursus terdiri daripada guru-guru Tahun 1,Guru Pengajian Islam dan para ibu bapa. Pihak penganjur telah menjemput Penceramah khas iaitu Pn.Faridah bt.Mamat bagi menerangkan Kaedah Membaca Cara Fonetik ini.Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn. Guru Besar SK Bukit Tok Beng, En.Sulaiman b. Saian.

24 July 2011

LAWATAN PEGAWAI DARI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pagi ini, Ahad (24 Julai 2011) SK Bukit Tok Beng telah menerima tetamu dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan diiringi pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.Lawatan Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dr Hjh. Zaida bt. Mustafa berkenaan dengan Panitia Bahasa Inggeris. Tujuan kedatangan beliau adalah ingin membantu pihak sekolah khususnya panitia Bahasa Inggeris dalam meningkatkan pencapaian dan penarafan sekolah dalam Bahasa Inggeris.Dalam perbincangan dengan pihak sekolah, Dr Hjh.Zaida bt. Mustafa banyak memberi pandangan dan nasihat kepada pihak sekolah khususnya kepada Panitia Bahasa Inggeris.Pihak Sekolah SK Bukit Tok Beng mengucapkan Ribuan terima Kasih di atas kedatangan beliau ke sekolah ini.


KEM LONJAKAN PRESTASI UPSR 2011

Kem Lonjakan Prestasi UPSR 2011 merupakan satu program yang disusun oleh Pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng di bawah jawatankuasa Program Kecemerlangan UPSR.Program ini terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa 1 pada 23 hingga 25 Jun dan fasa 2 pada 22 hingga 23 Julai. Objektif program ini adalah untuk melonjakan prestasi calon UPSR 2011 khususnya peningkatan bilangan 5 A dan lulus minimum C serta mencapai target sekolah.Program ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan kepada murid tentang teknik menjawab soalan UPSR dengan betul dan tepat bagi mengukuhkan kemahiran murid.
Pengisian program ini terbahagi kepada 4 komponen utama iaitu Teknik Menjawab Soalan,Program Motivasi,Program Kerohanian dan Latihtubi Menjawab Soalan.

19 July 2011

Hari Pusat Sumber

PSS SK Bukit Tok Beng telah mengadakan Program Hari Pusat Sumber Sekolah pada hari ini bermula jam 2.00 Petang.Objektifnya ialah membina perlakuan serta amalan minat membaca dan cintakan buku sebagai budaya hidup yang berterusan dan juga kesedian bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat "amalan membaca jambatan ilmu"
Program ini diisi dengan pelbagai acara yang melibatkan semua tahap murid.
Antara acara yang dijalankan 1.MEKANISMA BACAAN B.M-Tahun 1&2 2.MEKANISMA BACAAN B.I -Tahun 1,2&3 3.MEKANISMA BACAAN JAWI-PESERTA TAHUN 1,2&3 4.MEKANISMA BACAAN B. ARAB-Peserta tahun 4,5&6 5.PERTANDINGAN BERCERITA B.M-peserta tahun 3Amanah & 4Amanah 6.KUIZ SAINS-Murid Tahun 4,5&6 7.KUIZ MATEMATIK-Peserta Tahun 4,5&6. Program yang dilaksanakan ini mendapat sambutan yang hangat dikalangan murid.Program ini juga berjalan dengan lancar dan sempurna.

13 July 2011

Rehat Minda

Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng dan Persatuan Ibu Bapa dan guru serta dengan sokongan dan bantuan YB Tuan. Hj Ahmad Razif  Bin. Abdul Rahman  ADUN Seberang Takir telah menganjurkan satu Program yang dinamakan Rehat Minda.Program ini khusus bagi murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada bulan September nanti.
Tujuan diadakan Program ini adalah untuk memberi kerihatan minda dan ketenangan di kalangan murid-murid tahun 6 SK Bukit Tok Beng sebelum menghadapi Peperiksaan UPSR .Diharap program  ini dapat memberi motivasi kepada murid-murid tahun 6.
Program ini telah dijalankan pada Hari Isnin ( 11 Julai 2011 ) yang lalu.Seramai 106 orang murid telah dibawa ke Gambang Water Park dengan diiringi 11 orang guru yang diketuai oleh Guru Besar SK Bukit Tok Beng. Murid-murid dibawa dengan menaiki 3 buah bas yang disewa khas oleh pihak sekolah.
Rombangan ini bertolak pada jam 8.00 pagi dan tiba di Taman Tema Air Bukit Gambang pada jam 12.00 tengah hari. Murid - murid begitu seronok  bermandi-manda dan bermain dengan permainan yang disediakan.
Rombongan sekolah kami pulang pada jam 11.00 malam dan sempat singgah di Mesra Mall untuk membeli belah dan makan malam.
Objektif program rehat minda ini berjaya mencapai matlamatnya.

01 July 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2011/2012 SK BUKIT TOK BENG

Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Tok Beng telah diadakan pada 1 Julai 2011 yang lalu.Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Tok Beng kali ini dirasmikan oleh Exco Pelajaran,Pendidikan Tinggi,Sains Teknologi dan Sumber manusia Terengganu,YB.Tn.Hj. Ahmad Razif b.Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Seberang Takir.
Ketibaan beliau telah disambut dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar.YB juga sempat memeriksa perbarisan unit badan beruniform SK Bukit Tok Beng.
Dalam ucapan perasmian YB berharap ibubapa dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan kecemerlangan anak-anak mereka.Keperihatinan YB terhadap Kehadiran ibubapa dapat dilihat dengan cenderahati yang disampaikan oleh beliau kepada ibubapa yang datang secara berpasangan ke Mesyuarat PIBG ini.
Mesyuarat kali ini telah melantik YDP yang baru iaitu En.Mohd Nasir b. Awang dan Timbalan YDP Dr.Saari b. Abdul rahman.YDP sebelum ini,En.Mohd Jamil b. Mohd Ali telah melepaskan jawatan atas sebab-sebab kesihatan.Mesyuarat ini selesai jam 12.30 Tengahari.

24 April 2011

Perkhemahan Badan Beruniform SK Bukit Tok Beng

Perkhemahan merupakan acara kemuncak setiap tahun bagi aktiviti badan beruniform setiap sekolah sama ada sekolah rendah maupun di sekolah menegah.SK Bukit Tok Beng tidak terkecuali dengan acara ini yang disambut dengan penuh istiadat perkhemahan pada tanggal 21 April hingga 23 April 2011 yang lalu.
        Perkhemahan badan beruniform di SK Bukit Tok Beng ini melibatkan empat pasukan iaitu Pasukan Pengakap, Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS),Pasukan Pandu Puteri Tunas dan Pasukan Puteri Islam.Pasukan ini terdiri daripada ahli - ahli tahun enam sahaja iaitu melibatkan seramai 106 murid. Pelbagai acara diadakan sepanjang perkhemahan tersebut di antaranya acara perasmian pembukaan.Perasmian pembukaan perkhemahan ini telah disempurnakan oleh wakil daripada Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.Disamping itu aktiviti lain seperti aktiviti kembara,aktiviti memasak,tunjuk arah dan lain-lain aktiviti yang menarik .Memetik pendapat peserta perkhemahan ini, rata-rata bersetuju aktiviti yang diadakan dapat menambahkan ilmu dan juga menanam sikap jati diri dikalangan murid.Mereka berharap aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi untuk masa-masa yang akan datang.