SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

31 December 2013

PENDAFTARAN MURID BAGI TAHUN 1 HINGGA 6 SESI 2014 SKBTB

"Selamat kembali ke sekolah!". Itu antara ungkapan yang diucapkan oleh para guru dan staf SK Bukit Tok Beng kepada para murid untuk sesi tahun 2014. Pendaftaran berlansung dari pukul 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi bertempat di kelas masing-masing.
























29 December 2013

PENDAFTARAN KEMASUKAN PRA SEKOLAH SK BUKIT TOK BENG UNTUK SESI 2014

Pada 29 Disember 2013, pendaftaran untuk murid pra sekolah sesi 2014 telah pun bermula. Pendaftaran bertempat di dewan makan pra sekolah Sk Bukit Tok Beng. Murid yang telah mendaftar dibekalkan alatulis serta buku-buku oleh pihak SK Bukit Tok Beng. Selamat bersekolah adik-adik !

13 November 2013

KEPUTUSAN UPSR 2013

Keputusan peperiksaan yang dinantikan iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan pada 14 November 2013 baru-baru ini. Dari jumlah 108 orang calon UPSR dari SK Bukit Tok Beng, seramai 19 orang murid telah mendapat keputusan 5A. Berlaku peningkatan berbanding tahun lepas. Syabas diucapkan kepada calon-calon yang berjaya!

MAJLIS PERSARAAN GURU 2013

Pada 13 November 2013, SK Bukit Tok Beng telah kehilangan dua orang guru yang disayangi iaitu cikgu Nor Azaliah dan cikgu Hazarah. Kedua-dua guru tersebut telah mengambil keputusan untuk bersara pada tahun ini (2013). Kabus kesedihan menyelubungi majlis persaraan mereka walaupun mereka masih mampu mengukir seraut senyuman pada warga SK Bukit Tok Beng. Walau bagaimanapun, majlis mereka diraikan dengan penuh gemilang. Ramai warga sekolah turut memberi cenderahati dan hadiah tanda penghargaan pada mereka berdua. Pelbagai aktiviti diadakan pada hari tersebut. di akhir majlis, kedua guru ini juga dibawa menaiki kereta kuda sebagai simbolik meraikan pemergiaan mereka. Kami warga SK Bukit Tok beng mendoakan agar kalian sentiasa diberkati Allah.