SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

18 June 2015

MAJLIS TADARRUS AL-QURAN 2015

Umat Islam telah selamat berpuasa bulan ramadhan bermula hari ini, 18 Jun 2015. Sepanjang bulan ramadhan ini, semua murid SK Bukit Tok Beng bertuah kerana dapat mengikuti Majlis Tadarrus Al-Quran 2015 yang dikendalikan oleh para guru SKBTB. Murid-murid dibahagikan pada dua kumpulan iaitu bertempat di Dewan SKBTB dan juga surau baru SKBTB. Semoga mereka mendapat manfaat dan pahala yang berlipat kali ganda di bulan yang penuh keberkatan ini... InsyaAllah








15 June 2015

KEM KECEMERLANGAN UPSR FASA 1 2015

Kem Kecemerlangan UPSR Fasa 1 telah diadakan pada 15 hingga 16 Jun 2015. Peserta kem ini yang terdiri daripada 85 orang murid tahun 6 telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan di bilik ulangkaji Asrama Desa SKBTB dan satu kumpulan lagi di Anees Resort, mengabang telipot. Selama dua hari ini, latihan serta tunjuk ajar yang intensif telah diberikan oleh para guru yang terlibat. Semoga semua calon UPSR SK Bukit Tok Beng tahun ini dapat mendapat 5A dalam UPSR 2015.