SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

29 December 2015

PENDAFTARAN PERSEKOLAHAN & ASRAMA TAHUN 2016

Pendaftaran Persekolahan adalah sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 31 Disember 2015
Hari : Khamis
Masa : 8.30 am - 11 am
Tempat : Laluan Pejalan Kaki di Kantin
               Tahun 1 - di Kelas Masing-masing

sila bawa bersama dokumen berikut :

1. Salinan Surat Beranak Murid
2. Salinan Kad Pengenalan Bapa/Penjaga
3. Salinan Kad Pengenalan Ibu/Penjaga
4. Salinan Sijil Nikah ibubapa
5. Salinan Kad OKU (jika berkenaan)
6. Salinan Penyata Gaji @ Pengesahan Pendapatan ibubapa

Pendaftaran Kemasukan Asrama 2016

Tarikh : 2 Januari 2016
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Asrama SKBTB

Pastikan Datang Awal!!!

SELAMAT KEMBALI SESI PERSEKOLAHAN 2016

BERWAJAH BARU, LEBIH CERIA DAN LEBIH KOMITED!!!

Sesi persekolahan 2016 akan bermula pada 3 Januari 2016 hari Ahad nanti. Pelbagai persiapan telah dibuat bagi melancarkan sesi tahun 2016 ini. Namun begitu, kami warga skbtb berasa sedih akan pertukaran 2 orang guru iaitu Tn. Hj Mustaffa bin Yusof iaitu mantan PK Pentadbiran yang bertukar ke SK Kompleks Gong Badak sebagai PK Pentadbiran dan juga En. Azuddin bin Abu Bakar yang juga dinaikkan pangkat PK Kokurikulum di SK Pulau Rusa. Semoga kalian terus maju jaya di tempat baru.

Tidak dilupa diucapkan SELAMAT DATANG kepada En. Razali bin Abdullah iaitu PK Kokurikulum yang baru dari Sk Beladau Kolam yang juga menggantikan tempat En. Mohd Dollah bin Mat Ali yang memegang PK Pentadbiran yang baru.

SEMOGA SKBTB TERUS GEMILANG & GAH !!! 


19 December 2015

LAWATAN MURID ASRAMA KE LEGOLAND, KILANG YAKULT DAN AQUARIA KLCC 2015

Tanggal 26 Oktober yang lalu, pihak asrama telah mengadakan Lawatan ke Legoland, Johor, Kilang Yakult di Seremban dan juga Aquaria KLCC. Seramai 12 orang guru dan staf serta 32 orang murid telah bersama-sama ke lawatan tersebut. Banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dikutip sepanjang lawatan ini. Semua peserta berpuas hati dan seronok. Lawatan sebegini merupakan acara rasmi asrama setiap tahun selain Jamuan Akhir Tahun dan sambutan hari lahir... Seronokkan...bestnyer tinggal di asrama....Jomla masuk asrama ramai-ramai lepas ni.

12 December 2015

ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG 2015

Syukur, Alhamdulillah..Tanggal 3 Oktober 2015, ia merupakan detik manis yang telah di tunggu sejak 24 Mei 2015 apabila Asrama Desa SK Bukit Tok Beng telah dianugerahkan ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2015 dan juga ANUGERAH ASRAMA TERBAIK NEGERI 2015. Penyampaian anugerah ini telah berlangsung di Taiping Golf Resort, Perak dan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia iaitu YBHG.DATUK DR KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF. Jutaan tahniah untuk seluruh warga SK Bukit Tok Beng yang bertungkus lumus membantu dalam persiapan anugerah ini. Tidak dilupakan buat Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan PPD Kuala Terengganu yang telah membantu kami tidak kira siang dan malam, budi tuan kami tidak lupa. Terima Kasih banyak-banyak.
 

11 December 2015

LAWATAN PENANDA ARAS GURU DAN STAF SKBTB 2015 KE KUCHING, SARAWAK

Pada tarikh 19 November 2015 - 23 November 2015 , seramai 29 orang guru dan staf Skbtb telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Negeri Kuching, Sarawak. Antara agenda utamanya adalah Lawatan ke Sekolah Kebangsaan Mata Parang, Samarahan dan juga lawatan ke SK Tebedu, Serian iaitu sekolah lama Tuan Guru Besar En Abdul Rahman bin Ali. Guru Besar membawa peserta lawatan bersama bagi mengimbau saat manis sepanjang beliau ditempatkan mengajar di sekolah tersebut kira-kira 20 tahun dahulu. Lawatan ini juga diketuai oleh Tuan Guru Besar, En Abdul Rahman bin Ali, juga dibantu bersama PK Pentabiran, Tn Hj Mustaffa bin Yusuff dan juga PK Hal Ehwal Murid, Cikgu Nor Asyima binti Muhammud. Para peserta juga di bawa melawat ke Pantai Santubung, Melawat sekitar bandaraya Kuching, Kedai Kek Lapis Mira dan juga Dayang Salhah, Pasar Serikin, Medan Niaga Satok serta beberapa tempat menarik di Kuching. Semoga lawatan ini dapat memberikan input yang positif dan juga diberi manfaat kepada setiap peserta. Harapan warga SKBTB, semoga lawatan sebegini dapat dijadikan program rasmi sekolah kerana ianya dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan juga dapat merapatkan silaturrahim.

17 November 2015

KEPUTUSAN UPSR 2015

Debaran penantian para calon UPSR SK Bukit Tok Beng akhirnya telah tiba. Pada 17 November 2015, keputusan UPSR 2015 telah diumumkan. Seramai 8 orang murid telah berjaya mendapat 5A. Manakala calon yang memperolehi keputusan 4A 1B seramai 10 orang murid. Syabas dan tahniah!! Kepada semua calon UPSR 2015, jangan hampa atau berputus asa. Perjalanan kalian masih jauh lagi. Banyak lagi cabaran mendatang. Semoga kamu semua bangkit dan terus cemerlang pada masa hadapan. Terus berusaha dan berdoa. InsyaAllah tiada yang mustahil !!