SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

09 September 2012

SAMBUTAN RAYA DI PEJABAT SK BUKIT TOK BENG.

Suasana Syawal masih lagi terasa walaupun bulan Syawal sudah hamper ke penghujung.Warga SK Bukit Tok Beng masih meraikan Hari Raya kali ini giliran warga Pengurusan, Staff Pejabat, Staff Asrama Desa SK Bukit Tok Beng dan Staff PRA termasuk juga EIO SK Bukit Tok Beng meraikan warga kerja SK Bukit Tok Beng.Sudah menjadi kelaziman Pihak Pejabat SK Bukit Tok Beng akan meraikan Sambutan Hari Raya selepas Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah diadakan. Kali ini Hari Raya disambut pada Hari Ahad 09 September 2012. Sambutan agak meriah dengan kehadiran hampir keseluruhan warga SK Bukit Tok Beng. Pelbagai juadah disediakan untuk dinikmati oleh warga Sekolah dari Nasi Arab (Pak Arab tak kenal pun nasi ini),lemang,ketupat dan lain - lain juadah.Semoga Sambutan ini dapat diteruskan lagi untuk tahun-tahun yang akan datang. “SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATHIN” Mohon maaf,sikit aje gambar yang dapat diambil.Terlupa ber.......

06 September 2012

SOLAT HAJAT PERDANA 2012

Setelah berusaha dengan tekun dan gigih untuk mencapai target dan impian masing-masing,kini tibalah masa memohon dan menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Yang Maha Berkuasa.SK Bukit Tok Beng telah mengadakan solat Hajat Perdana sempena dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau yang lebih sinonim dengan panggilan UPSR yang akan tiba pada tanggal 11-13 Sept.2012. Seawal 6.30 petang ibu bapa sudah hadir ke sekolah.Ini menandakan sokongan yang b kuat pihak PIBG kepada sekolah.Sokongan PIBG ini memberikan keyakinan kepada pihak sekolah untuk terus berusaha dengan gigih bagi membantu kejayaan anak didik sekalian. Di bawah disertakan gambar-gambar suasana Majlis Solat Hajat tersebut.