SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

20 May 2013

KEM SOLAT 2013

Satu kem solat telah diadakan pada 20 Mei 2013 di SK Bukit Tok Beng. Kem tersebut bertujuan mendidik dan memantapkan lagi kaedah atau cara solat yang betul, cara berwudhuk serta banyak lagi aktiviti berkaitan solat. Aktiviti ini melibatkan semua murid SK Bukit Tok Beng.Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.




















16 May 2013

HARI GURU SK BUKIT TOK BENG 2013

"Kami guru malaysia..berikrar dan berjanji...mendidik dan memimpin..putera-puteri negara kita". Rangkap ayat tersebut merupakan antara bait-bait lagu yang dinyanyikan sempena Hari Guru 2013 di SK Bukit Tok Beng. Hari Guru yang disambut pada 16 Mei 2013 baru-baru ini cukup meriah. Upacara perasmian seperti melepaskan banner yang terbang bersama belon dan memotong kek telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Bukit Tok Beng. Selepas itu acara dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik di dewan SK Bukit Tok beng. Terima Kasih Guru!