13 June 2013
MOTIVASI KEIBUBAPAAN 2013
Unit Kurikulum di bawah Program Peningkatan UPSR SK Bukit Tok Beng telah menganjurkan Majlis motivasi Keibubapaan kepada ibubapa dan penjaga yang anak-anak mereka akan mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini.Majlis ini telah dilaksanakan pada 13 Jun 2013 yakni hari Khamis malam Jumaat.Sebelum Majlis Motivasi Keibubapaan,Solat Magrib,Solat Hajat serta bacaan yassin dan seterunya Solat Isyak berjemaah telah dilaksanakan.
Solat dan bacaan Yassin telah dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Rizal b. Othman seterunya Ustaz Ahmad Rizal juga telah menyampaikan ceramah Keibubapaan kepada ibu bapa dan penjaga pada malam tersebut.Sebelum Majlis Motivasi dilaksanakan Tuan Guru Besar telah menyampaikan ucapan alu-aluan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir di dalam majlis tersebut.
20 May 2013
KEM SOLAT 2013
Satu kem solat telah diadakan pada 20 Mei 2013 di SK Bukit Tok Beng. Kem tersebut bertujuan mendidik dan memantapkan lagi kaedah atau cara solat yang betul, cara berwudhuk serta banyak lagi aktiviti berkaitan solat. Aktiviti ini melibatkan semua murid SK Bukit Tok Beng.Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.
Label:
Panitia Agama Islam & J-QAF
Subscribe to:
Posts (Atom)