SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

13 June 2013

MOTIVASI KEIBUBAPAAN 2013

Unit Kurikulum di bawah Program Peningkatan UPSR SK Bukit Tok Beng telah menganjurkan Majlis motivasi Keibubapaan kepada ibubapa dan penjaga yang anak-anak mereka akan mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini.Majlis ini telah dilaksanakan pada 13 Jun 2013 yakni hari Khamis malam Jumaat.Sebelum Majlis Motivasi Keibubapaan,Solat Magrib,Solat Hajat serta bacaan yassin dan seterunya Solat Isyak berjemaah telah dilaksanakan. Solat dan bacaan Yassin telah dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Rizal b. Othman seterunya Ustaz Ahmad Rizal juga telah menyampaikan ceramah Keibubapaan kepada ibu bapa dan penjaga pada malam tersebut.Sebelum Majlis Motivasi dilaksanakan Tuan Guru Besar telah menyampaikan ucapan alu-aluan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir di dalam majlis tersebut.