15 November 2012
KEJAYAAN YANG DICAPAI 2012
Penyapaian murid-murid SK Bukit Tok Beng menerusi UPSR 2012.Seluruh warga SK Bukit Tok Bneg berbangga dengan kejayaan murid-murid ini.Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua murid yang berjaya,warga pendidik dan semua warga SK Bukit Tok Beng, Tahniah..Mari lihat mereka yang berjaya.
09 September 2012
SAMBUTAN RAYA DI PEJABAT SK BUKIT TOK BENG.
Suasana Syawal masih lagi terasa walaupun bulan Syawal sudah hamper ke penghujung.Warga SK Bukit Tok Beng masih meraikan Hari Raya kali ini giliran warga Pengurusan, Staff Pejabat, Staff Asrama Desa SK Bukit Tok Beng dan Staff PRA termasuk juga EIO SK Bukit Tok Beng meraikan warga kerja SK Bukit Tok Beng.Sudah menjadi kelaziman Pihak Pejabat SK Bukit Tok Beng akan meraikan Sambutan Hari Raya selepas Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah diadakan.
Kali ini Hari Raya disambut pada Hari Ahad 09 September 2012. Sambutan agak meriah dengan kehadiran hampir keseluruhan warga SK Bukit Tok Beng. Pelbagai juadah disediakan untuk dinikmati oleh warga Sekolah dari Nasi Arab (Pak Arab tak kenal pun nasi ini),lemang,ketupat dan lain - lain juadah.Semoga Sambutan ini dapat diteruskan lagi untuk tahun-tahun yang akan datang.
“SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATHIN”
Mohon maaf,sikit aje gambar yang dapat diambil.Terlupa ber.......
06 September 2012
SOLAT HAJAT PERDANA 2012
Setelah berusaha dengan tekun dan gigih untuk mencapai target dan impian masing-masing,kini tibalah masa memohon dan menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Yang Maha Berkuasa.SK Bukit Tok Beng telah mengadakan solat Hajat Perdana sempena dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau yang lebih sinonim dengan panggilan UPSR yang akan tiba pada tanggal 11-13 Sept.2012.
Seawal 6.30 petang ibu bapa sudah hadir ke sekolah.Ini menandakan sokongan yang b kuat pihak PIBG kepada sekolah.Sokongan PIBG ini memberikan keyakinan kepada pihak sekolah untuk terus berusaha dengan gigih bagi membantu kejayaan anak didik sekalian.
Di bawah disertakan gambar-gambar suasana Majlis Solat Hajat tersebut.
22 April 2012
KEJAYAAN KUMPULAN NASYID SAKINAH MAWAHDAH
Pada hari Khamis 19.April.2012Kumpulan Nasyid yang diberi nama Sakinah Mawahdah Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng telah menyertai Pertandingan Nasyid anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Seberang Takir yang diadakan di Dataran Permata,Kampung Baru Seberang Takir.
Dalam Pertandingan tersebut Sakinah Mawahdah yang mewakili Sekolah SK Bukit Tok Beng telah menjuarai Pertandingan Nasyid Peringkat Sekolah Rendah. Kumpulan ini dianggotai seramai 10 orang murid iaitu Anis Nur Izzati Md Hazani, Aina Fikriyah Pauzi, Nurul Izzati Nurlia, Norhatiekah Ramlan, Nurul Nabilah Ramli, Tengku Nur Jannah, Wan Nafizah W. Bakar, Siti Naimah Abdul Manan, Nurul Adiha Mohd Zaki dan Izleen Farhanah Husain. Kumpulan ini telah dilatih oleh Guru Panitia Agama Islam / J-QAF dan dibantu Guru Pra.Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua yang terlibat mengharumkan nama SK Bukit Tok Beng. Segala penat jerih anda tetap dihargai.

Subscribe to:
Posts (Atom)