SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

06 September 2012

SOLAT HAJAT PERDANA 2012

Setelah berusaha dengan tekun dan gigih untuk mencapai target dan impian masing-masing,kini tibalah masa memohon dan menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Yang Maha Berkuasa.SK Bukit Tok Beng telah mengadakan solat Hajat Perdana sempena dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau yang lebih sinonim dengan panggilan UPSR yang akan tiba pada tanggal 11-13 Sept.2012. Seawal 6.30 petang ibu bapa sudah hadir ke sekolah.Ini menandakan sokongan yang b kuat pihak PIBG kepada sekolah.Sokongan PIBG ini memberikan keyakinan kepada pihak sekolah untuk terus berusaha dengan gigih bagi membantu kejayaan anak didik sekalian. Di bawah disertakan gambar-gambar suasana Majlis Solat Hajat tersebut.