SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

01 February 2015

MAJLIS JAMUAN PERSARAAN ENCIK RAMLI BIN RANI DI HOTEL TABUNG HAJI

Pada sebelah petang 1 Februari 2015, Majlis Jamuan Persaraan Guru Besar telah diadakan dan Encik Ramli bin Rani sekali lagi diraikan di Hotel Tabung Haji. Majlis kali ini memang "rare" dan mencatat sejarah kerana dihadiri oleh semua warga SKBTB termasuk para guru, semua staf sokongan, para pekerja swasta dan juga semua JAGA sekolah. Pada petang itu, majlis bermula pada pukul 2.30 petang. Encik Ramli hadir ditemani isteri tercinta Puan Rogayah bt Ngah. Dalam majlis itu juga, beliau berucap dan berckongsi pengalaman suka duka beliau sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai seorang guru. Di akhir ucapan, beliau turut memberi sepatah dua kata nasihat sebagai panduan kepada warga SKBTB. Semoga beliau terus sukses dan dirahmati Allah selalu. Selamat bersara Tuan Guru Besar Encik Ramli bin Rani. Jasamu dikenang, budimu disanjung. Segala memori bersama beliau akan tetap terpahat di ingatan kami warga SKBTB~