SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

07 August 2014

SAMBUTAN RAYA PERINGKAT SK BUKIT TOK BENG

Pada 7 Ogos 2014 yang lalu, Sambutan Raya Peringkat SK Bukit Tok Beng telah diadakan dengan meriah sekali. Suasana sekolah diceriakan dengan warga sekolah memakai pakaian raya yang berwarna-warni. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya memotong kek raya oleh Tuan Guru Besar, jamuan raya beramai-ramai, tayangan filem dan persembahan oleh murid-murid SK Bukit Tok Beng. Semoga raya ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita.Selamat hari raya aidulfitri!!