SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

01 April 2014

PROGRAM MENJAGA KESIHATAN OLEH SKUAD GERM BUSTER TERENGGANU

Pada 1 April 2014 yang lalu, Skuad Germ Buster dari Jabatan Kesihatan Terengganu telah datang ke SK Bukit Tok Beng untuk menerangkan tip atau cara menjaga kesihatan murid-murid. Program bertempat di dewan SK Bukit Tok Beng. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti ceramah kesihatan, kuiz, soalan terbuka, cara membersih tangan dengan betul dan sebagainya. Turut menjadi tumpuan ialah maskot berwarna hijau yang berjaya mencuit hati murid-murid SK Bukit Tok Beng dengan keletahnya yang tersendiri. Semoga murid-murid dapat belajar dan mengambil manfaat dari aktiviti tersebut.