SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

05 August 2013

SAMBUTAN AMBANG AIDIL FITRI PERINGKAT SK BUKIT TOK BENG 2013/1434 H

SK Bukit Tok Beng selesai mengadakan Majlis Sambutan Ambang Aidil Fitri pada hari Isnin 5 Ogos 2013.Sambutan ini diadakan oada jam 10.30 Pagi dengan dimulakan dengan Tazkirah Aidil Fitri Oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Rizal b. Othman.Selepas itu diikuti dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar En. Ramli b.Rani.Kemudian Majlis diteruskan dengan penyampaian bantuan pakaian hari raya kepada 50 orang anak-anak yatim dan anak-anak miskin SK Bukit Tok Beng yang diuruskan oleh unit Kebajikan di bawah Hal Ehwal Murid SK Bukit Tok Beng.Pakaian ini hasil sumbagan ibu bapa dan penjaga termasuk para guru yang perihatin.Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat memberikan sedikit kepada anak-anak ini.Diikuti sumbagan kepada pekerja swasta dan seterusnya pengagihan duit raya kepada semua murid yang hadir pada hari tersebut.Majlis selesai pada jam 12.20 tgh hari.