SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

01 August 2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA PROGRAM TADARUS AL-QURAN 1443H/2013

Hari ini 1 Ogos 2013 bersamaan dengan 23 Ramadhan 1443, detik 10.00 pagi bermulalah Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng.Program ini telah berjalan di bawah perancangan dan selian Panitia Pendidikan Islam yang di ketuai oleh Ustazah Hjh. Hamidah bt. Shamsudin.Setelah bertadarus selama 2 minggu dalam bulan Ramadhan ini maka selesailah murid-murid SK Bukit Tok Beng bertadarus secara beramai-ramai di SK Bukit Tok Beng. Di harap dengan adanya program seperti ini akan dapat memupuk sikap suka membaca dan cintakan Al-Quran bukan sahaja di bulan Ramadhan bahkan di hari-hari biasa.