SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

17 April 2013

ACARA CABUTAN BERTUAH DI KEJOHANAN BALAPAN & PADANG 2013

Sebelum penutup Kejohanan Balapan & padang 2013 pada jam 5.30 petang.Acara cabutan bertuah telah diadakan bagi memeriahkan lagi suasana Majlis tersebut walaupun dalam keadaan suasana cuaca yang tidak berapa mengizinkan.Acara ini tetap mencuri tumpuan para pengunjung dengan diiringi hujan renyai-renyai.Mari kita jengah insan-insan bertuah pada hari tersebut.Penyampaian hadiahcabutan bertuah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr.Saari b. Abdul Rahman iaitu Timbalan Yang Dipertua PIBG SK Bukit Tok Beng dan juga GPK Pentadbiran SK Bukit Tok Beng,Tuan Hj Mustaffa b. Yusuff.