Pada 1 Oktober 2013, Program Pasca UPSR 2013 telah diadakan di dewan SK Bukit Tok Beng. Program dikendalikan oleh wakil dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Pelbagai aktiviti dijalankan seperti penayangan video, slaid bergambar dan juga kuiz. Program ini memupuk kesedaran di kalangan murid sekolah rendah tentang gejala bahaya dadah jika tidak dibendung.
01 October 2013
GERAK TARI PRASEKOLAH 1 MALAYSIA
Pada 1 Oktober 2013, acara Gerak Tari Prasekolah 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan telah diadakan di dewan SK Bukit Tok Beng. Aktiviti ini selama 30 minit ini berlansung dengan jayanya.
Label:
Prasekolah
23 September 2013
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN ZAKAT MRSB
Pada 23 September 2013, Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat MRSB telah diadakan di dewan SK Bukit Tok Beng. Majlis turut dihadiri oleh ibubapa dan penjaga kepada murid. Seramai 6 orang wakil dari MRSB hadir dalam majlis tersebut. Di samping sumbangan zakat, pihak MRSB juga ada menawarkan pembukaan akaun simpanan wang Cheeky kepada murid-murid yang berminat untuk menabung di MRSB. Pelbagai cenderamata disediakan untuk yang membuka akaun simpanan Cheeky tersebut. Bak kata pepatah adik-adik, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Subscribe to:
Posts (Atom)