SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

31 July 2011

Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama Sesi 2011/2012

Pada 31 Julai 2011 telah diadakan Mesyuarat AJK Kali Pertama Sesi 2011/2012.Dalam Ucapan YDP yang baru En.Nasir b. Awang mengharapkan semua AJK yang dilantik dari kalangan ibubapa dan guru dapat memberikan kerjasama dalam semua aspek bagi kecemerlangan dan kebajikan murid SK Bukit Tok Beng.
Dalam Mesyuarat tersebut, Guru Besar SK Bukit Tok Beng, En.Sulaiman b. Saian telah memaklumkan beberapa program yang telah berjaya dilaksanakan.Antara program tersebut ialah Kem Melonjakkan Prestasi UPSR, Program Ihya'Al-Quran.
Semasa bermesyuarat beberapa cadangan telah dikemukakan oleh ibubapa antaranya "Kedudukan Sign Board Yang perlu diubahsuai tempatnya, kerana kurang jelas.Mohon lampu jalan di jalan masuk ke SK Bukit Tok Beng dan lain-lain cadangan.Mesyuarat berakhir jam 4.30 Petang.







29 July 2011

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2- TAHAP 2

Pada Hari Khamis 29 Julai 2011,Kem Bestari Solat Siri ke-2 bagi murid-murid Tahap 2 telah berjaya diadakan. Objektif utama Kem Bestari Solat diadakan supaya Murid-murid SKBTB dapat menguasai bacaan dan perlakuan dalam Solat. Kem Bestari Solat tersebut telah dibantu oleh Guru-guru KAFA SKBTB. Kem Bestari Solat Juga bertujuan melatih murid-murid tahun 6 mengetahui cara pelaksanaan Solat Jenazah yang betul. Kem Bestari Solat pada hari tersebut diakhiri dengan zikir munajat dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Rusnani Bt Abu Bakar.

27 July 2011

KURSUS ASAS KAEDAH MEMBACA CARA FONETIK

KURSUS ASAS KAEDAH MEMBACA CARA FONETIK berjaya dilaksanakan pada Hari Selasa 27 Julai 2011 yang lalu.Kursus Asas ini dikelolakan Unit PRA SK Bukit Tok Beng. Kursus ini dianjurkan dengan tujuan dapat memberikan pendedahan asas kaedah mengajar secara fonetik kepada guru-guru dan ibubapa di rumah.Peserta-peserta kursus terdiri daripada guru-guru Tahun 1,Guru Pengajian Islam dan para ibu bapa. Pihak penganjur telah menjemput Penceramah khas iaitu Pn.Faridah bt.Mamat bagi menerangkan Kaedah Membaca Cara Fonetik ini.Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn. Guru Besar SK Bukit Tok Beng, En.Sulaiman b. Saian.

24 July 2011

LAWATAN PEGAWAI DARI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pagi ini, Ahad (24 Julai 2011) SK Bukit Tok Beng telah menerima tetamu dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan diiringi pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.Lawatan Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dr Hjh. Zaida bt. Mustafa berkenaan dengan Panitia Bahasa Inggeris. Tujuan kedatangan beliau adalah ingin membantu pihak sekolah khususnya panitia Bahasa Inggeris dalam meningkatkan pencapaian dan penarafan sekolah dalam Bahasa Inggeris.Dalam perbincangan dengan pihak sekolah, Dr Hjh.Zaida bt. Mustafa banyak memberi pandangan dan nasihat kepada pihak sekolah khususnya kepada Panitia Bahasa Inggeris.Pihak Sekolah SK Bukit Tok Beng mengucapkan Ribuan terima Kasih di atas kedatangan beliau ke sekolah ini.