SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

24 April 2011

Perkhemahan Badan Beruniform SK Bukit Tok Beng

Perkhemahan merupakan acara kemuncak setiap tahun bagi aktiviti badan beruniform setiap sekolah sama ada sekolah rendah maupun di sekolah menegah.SK Bukit Tok Beng tidak terkecuali dengan acara ini yang disambut dengan penuh istiadat perkhemahan pada tanggal 21 April hingga 23 April 2011 yang lalu.
        Perkhemahan badan beruniform di SK Bukit Tok Beng ini melibatkan empat pasukan iaitu Pasukan Pengakap, Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS),Pasukan Pandu Puteri Tunas dan Pasukan Puteri Islam.Pasukan ini terdiri daripada ahli - ahli tahun enam sahaja iaitu melibatkan seramai 106 murid. Pelbagai acara diadakan sepanjang perkhemahan tersebut di antaranya acara perasmian pembukaan.Perasmian pembukaan perkhemahan ini telah disempurnakan oleh wakil daripada Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.Disamping itu aktiviti lain seperti aktiviti kembara,aktiviti memasak,tunjuk arah dan lain-lain aktiviti yang menarik .Memetik pendapat peserta perkhemahan ini, rata-rata bersetuju aktiviti yang diadakan dapat menambahkan ilmu dan juga menanam sikap jati diri dikalangan murid.Mereka berharap aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi untuk masa-masa yang akan datang.


05 March 2011

Persaraan Seorang Guru

Tercatat satu sejarah pada hari ini 3.Mac 2011Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng kehilangan seorang tenaga pengajar yang berpengalaman di bidang pemulihan.
Beliau ialah Cg.Hjh. Fatimah bt.Ali yang mesra dengan panggilan Kak Tim bermula pada tanggal ini telah meninggalkan sekolah dan rakan taulan disebabkan persaraan wajib beliau.
Beliau telah bertugas sebagai seorang guru selama 30 lebih tahun .Banyak pengalaman suka dan duka yang telah beliau tempuhi sepanjang bergelar seorang guru.Beliau tidak jemu-jemu mengajar,mendidik,membimbing, mengasuh anak-anak yang telah diamanahkan kepada beliau.Kini Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng hanyalah tinggal dalam lipatan memori bagi beliau. Selamat bersara,Selamat berjaya dan salam sayonara buat Kak Tim jasamu tetap dikenang
sampai bila-bila.

01 January 2011

Latar belakang sekolah

Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng dibuka pada tahun 1982. Nama sekolah ini di ambil sempena dengan tapak sekolah iaitu Bukit Tok Beng. Jarak sekolah dengan pusat bandar Kuala Terengganu kira-kira 10 Kilometer jika melalui Jambatan Sultan Mahmud.Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng mempunyai 4 blok bangunan.Blok A dua tingkat,Tingkat atas menempatkan kelas Tahun 6, Bilik Bimbingan Kaunseling dan bilik Pemulihan.Bahagian bawah pula kelas Tahun 3 dan dewan serbaguna.
Blok B juga 2 tingkat. Tingkat atas ditempatkan Pejabat,Bilik Mesyuarat dan 2 buah kelas .Dibahagian bawah pula,bilik guru dan kelas tahun 1.Blok C ialah blok setingkat yang menempatkan 3 kelas tahun 2.
Blok D merupakan blok 3 tingkat,di bahagian atas terdiri daripada kelas tahun 4 dan 5.Tingkat dua pula ditempatkan Pusat Sumber Sekolah dan bilik Tayangan serta bilik ABM.Dibahagian paling bawah ditempatkan bilik Kemahiran Hidup dan Bilik Sains.
Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng juga mempunyai sebuah surau yang boleh memuatkan seramai 50 orang murid dalam satu-satu masa.Disamping itu SK Bukit Tok Beng juga mempunyai sebuah bangunan kantin dan sebuah bangunan Pra di hadapan pintu masuk sekolah.SK Bukit Tok Beng juga dilengkapi sebuah makmal computer.SK Bukit Tok Beng juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri iaitu satu-satunya sekolah harian di daerah Kuala Terengganu yang mempunyai kemudahan asrama.Asrama ini yang boleh menempatkan murid seramai seratus orang dan dua buah rumah worden juga disediakan.