SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

13 November 2013

MAJLIS PERSARAAN GURU 2013

Pada 13 November 2013, SK Bukit Tok Beng telah kehilangan dua orang guru yang disayangi iaitu cikgu Nor Azaliah dan cikgu Hazarah. Kedua-dua guru tersebut telah mengambil keputusan untuk bersara pada tahun ini (2013). Kabus kesedihan menyelubungi majlis persaraan mereka walaupun mereka masih mampu mengukir seraut senyuman pada warga SK Bukit Tok Beng. Walau bagaimanapun, majlis mereka diraikan dengan penuh gemilang. Ramai warga sekolah turut memberi cenderahati dan hadiah tanda penghargaan pada mereka berdua. Pelbagai aktiviti diadakan pada hari tersebut. di akhir majlis, kedua guru ini juga dibawa menaiki kereta kuda sebagai simbolik meraikan pemergiaan mereka. Kami warga SK Bukit Tok beng mendoakan agar kalian sentiasa diberkati Allah.

13 October 2013

MAJLIS JAMUAN MURID TAHUN 6 DI HOTEL 2013

Satu jamuan telah diadakan di Hotel Tabung Haji pada 13 Oktober 2013 untuk murid-murid tahun enam SK Bukit Tok Beng.Majlis turut menjemput pengerusi PIBG sekolah. Ini merupakan salah satu satu aktiviti tahunan di SK Bukit Tok Beng sementara menanti debaran keputusan peperiksaan UPSR. Terpapar kegembiraan pada wajah murid-murid yang hadir pada jamuan tersebut walaupun di hati penuh kegusaran menanti keputusan UPSR. Walau bagaimanapun majlis tersebut berjalan dengan lancar sekali.