SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

08 October 2013

MAJLIS MOTIVASI BERSAMA ABE JIE 2013

Satu Majlis Motivasi untuk murid tahun 4,5 dan 6 telah diadakan di dewan SK Bukit Tok Beng. Majlis dikendalikan oleh penceramah undangan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), saudara Ahmad Termizi b. Ab. Aziz yang mahu dikenali dengan "Abe Jie". Input yang diberi oleh Abe Jie begitu terkesan di hati para murid. Semoga majlis ini dapat mebuahkan anjakan paradigma di kalangan murid SK Bukit Tok Beng.

07 October 2013

MAJLIS TEMU MESRA AMANITA 2013

Majlis Temu Mesra Amanita telah berlansung pada 7 Oktober 2013. Penceramah terdiri daripada wakil IPD Kuala Terengganu. Penayangan slaid disamping aktiviti ceramah berkenaan dengan masalah sosial & dadah bertujuan untuk memberi murid kesedaran tentang bahaya dan pengaruh dadah kepada murid khasnya dan kepada masyarakat amnya. pameran gambar tentang bahaya dadah juga turut diadakan untuk tatapan warga SK bukit Tok Beng.