12 May 2013
MAULIDUR RASUL 2013
Pada 12 Mei 2013, SK Bukit Tok beng telah menyambut Maulidur Rasul. Satu perarakan oleh para guru dan murid sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. telah berlansung. Selepas itu acara diteruskan di dewan SK Bukit Tok beng dengan nasyid dan selawat. Sesi bercerita tentang sirah nabi juga turut disampaikan. Acara berlansung dengan meriah sekali.
02 May 2013
MESYUARAT AGUNG PIBG SKBTB 2013
Pada 2 MEI 2013, satu mesyuarat agung PIBG telah diadakan di dewan SK Bukit Tok Beng. Majlis turut dihadiri oleh YB Dato' Haji Ahmad Razif serta isteri. Ini merupakan aktiviti tahunan di SK Bukit Beng. Di samping berbincang mengenai hal-hal PIBG sekolah, aktiviti cabutan bertuah juga turut diadakan.
MAJLIS MENTOR MENTEE 2013
Majlis mentor mentee telah diadakan pada 2 Mei 2013 di SK Bukit Tok Beng. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara mentor(guru) dan mentee(murid) di samping berkongsi idea secara timbal balik antara mentor dan mentee nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)