SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

02 May 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG SKBTB 2013

Pada 2 MEI 2013, satu mesyuarat agung PIBG telah diadakan di dewan SK Bukit Tok Beng. Majlis turut dihadiri oleh YB Dato' Haji Ahmad Razif serta isteri. Ini merupakan aktiviti tahunan di SK Bukit Beng. Di samping berbincang mengenai hal-hal PIBG sekolah, aktiviti cabutan bertuah juga turut diadakan.

MAJLIS MENTOR MENTEE 2013

Majlis mentor mentee telah diadakan pada 2 Mei 2013 di SK Bukit Tok Beng. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara mentor(guru) dan mentee(murid) di samping berkongsi idea secara timbal balik antara mentor dan mentee nya.




















17 April 2013

ACARA IBU BAPA SEMPENA KEJOHANAN BALAPAN & PADANG 2013

Pada tahun ini kehadiran dan sambutan ibu bapa sempena kejohanan Balapan & Padang agak meriah.Diharap pada tahun-tahun yang akan datang datang kehadiran ibu pada dan penjaga akan bertambah bagi memeriahkan lagi kejohanan Sukan SK Bukit Tok Beng.Pada tahun ini kaum ibu telah menunjukkan kemahiran mereka dalam acara sukaneka untuk ibu bapa dan penjaga dengan memasukkan air ke dalam botol.Mari kita lihat ragam ibu-ibu mengisi air ke dalam botol. `