SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

15 April 2013

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG BAGI ACARA LOMPAT TINGGI 2013

Ini ialah acara lompat tinggi akhir bagi L10,L11,L12,P10,P11,dan P12.Peserta-peserta rumah sukan mencuba sedaya upaya bagi mencipta lompatan yang paling tinggi dikalangan mereka.Mari kita lihat suasana tersebut.
SK BUKIT TOK BENG,15 APR.2013. Kejohanan Sukantara antara rumah sukan telah berjaya diadakan di SK Bukit Tok Beng.Sukantara dilangsungkan dengan tujuan memberi peluang dan ruang kepada semua murid menonjolkan bakat dan kebolehan murid khusus murid tahap 2 mengembelingkan tenaga mereka seterusnya memberikan mata membantu pasukan rumah masing-masing.Keseronokan serta kegembiraan dapat dilihat daripada wajah-wajah murid-murid ini. Kejohanan Sukantara ini dapat dilihat menerusi kemeriahan dan penyertaan yang ramai dikalangan murid-murid.

04 April 2013

PROGRAM BACAAN YASSIN UPSR 2013

Seperti kebiasaan murid-murid Tahun 6 SK Bukit Tok Beng yang akan menghadapi UPSR pada september ini memohon restu dan keberkatan daripada Allah S.W.T. dengan menjadikan amalan setiap pagi dengan membaca surah Yassin dan Solat Hajat yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Rizal Al-Hafiz.

20 March 2013

LATIHAN BOLA JARING KE MSSDKTU

SK Bukit Tok Beng,20.Mac 2013.Jam 4.30 petang di padang SK Bukit Tok Beng.Latihan bola jaring sedang giat djalankan sempena dengan Kejohanan Bola Jaring MSSDKTU 2013 yang akan dijalankan tidak berapa lama lagi. Pasukan sekolah telah dilatih oleh guru-guru yang berpengalaman dalam bola jaring.Lihat gambar di bawah.