SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

12 March 2013

PROGRAM PERGIGIAN 2013

Satu Program Pergigian telah berlansung di SK Bukit Tok Beng pada 12 Mac 2013. Wakil dari klinik pergigian menganjurkan pelabagai aktiviti untuk murid-murid seperti memberus gigi dengan cara yang betul, tayangan slaid bergambar, kuiz dan lain-lain lagi. Program ini juga merupakan acara tahunan di SK Bukit Tok Beng

02 March 2013

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) SIRI 1, 2013

Kuala Terengganu Golf Resort. 2 Mac 2013,Sabtu.
Kursus Dalam Perkhidmatan (LADAP) Siri 1anjuran unit LADAP SK Bukit Tok Beng telah berjaya diadakan di Kula Terengganu Golf Resort dengan jayanya. Kursus ini dijalani selama satu hari bermula jam 8.00 pagi dan diakhiri pada jam 4.00 petang. Kali ini pemudahcaranya ialah YM Syed Mohd b. Tuan Baru yang membentangkan Tajuk : PERINTAH AM BAB C ,KEMUDAHAN CUTI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM.Pelbagai persoalan telah dikemukakan kepada pemudahcara untuk mendapatkan pencerahan berkenaan masalah yang berkaitan dengan peserta kursus sepanjang perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam ini. Lihat gambar di bawah semasa peserta berkursus.