Selasa 17 April 2012 ,rombongan Nazir daripada Kementerian Pelajaran Malaysia telah berkunjung ke SK Bukit Tok Beng. Lawatan Ini diketuai Timbalan Ketua Nazir Kementerian Pelajaran,Timbalan Ketua Nazir Negeri Terengganu dan pegawai daripada PPD Kuala Terengganu.Rombongan Nazir seramai 6 orang ini hadir seawal 7.30 pagi.Kehadiran mereka telah disambut oleh Tn, Guru Besar SK Bukit To Beng iaitu En. Ramli b. Rani.Rombongan Nazir telah memantau Program Linus dari segi Limurasi dan Literasi yang dijalankan di SK Bukit Tok Beng. Mereka juga memantau Pra sekolah dan juga J-QAF. Pada jam 1.15 Petang rambongan ini telah berjumpa dengan semua guru yang terlibat dengan Linus. Dalam perjumpaan ini beberapa nasihat dan teguran telah dibuat oleh pihak Nazir bagi mengemaskinikan lagi Linus di SK Bukit Tok Beng.Rumusan rombongan Nazir berpuashati dengan pencapaian sekolah menerusi Program Linus ini. Rombongan ini beredar dari SK Bukit Tok Beng pada jam 2.00 Petang.
17 April 2012
10 April 2012
MAJLIS JAMUAN HI-TEA PERTUKARAN GURU DAN STAFF 10 April 2012
Sudah menjadi lumrah dunia bertemu dan berpisah adalah perkara biasa.Pada Tahun 2012 yang baru tiba ke bulan April, SK Bukit Tok Beng telah kehilangan warga kerja seramai 10 orang yang terdiri daripada guru-guru dan staffnya. Sehubungan dengan itu Kelab Guru dan Staff SK Bukit Tok Beng telah mengadakan jamuan untuk meraikan perpindahan mereka . Kali ini Kelab Guru dan Staff telah memilih Hotel Tanjung Vista sebagai tempat Majlis Meraikan Perpisahan Staff SK Bukit Tok Beng .
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi Majlis, bacaan doa serta jamuan.
Semasa jamuan berlangsung,guru-guru dan staff yang bertukar memberikan ucapan dan diakhiri dengan ucapan Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK Bukit Tok Beng iaitu En. Ramli bin Rani.Penyampaian cenderahati kepada Guru-guru dan Staff yang bertukar.di akhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan guru dan staff yang bertukar bersama dengan pihak pengurusan SK Bukit Tok Beng.
Label:
Kelab Guru dan Staff
31 March 2012
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BUKIT TOK BENG 2012
PIBG SK Bukit Tok Beng telah selesai menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan Pada 30.March 2012.Mesyuarat ini dijalankan pada hari Jumaat bermula jam 8.30 Pagi.Mesyuarat Agung Kali ini dirasmikan oleh YB.Tn.Hj.Ahmad Razif b. Abdul Rahman iaitu ADUN Seberang Takir merangkap EXCO Pelajaran,Pengajian Tinggi dan Sains Teknologi Negeri Terengganu.Ucapan beliau menyentuh peranan PIBG dalam membantu pihak sekolah dari segi kewangan dan peranan ibu bapa dan penjaga terhadap anak-anak mereka.YB.Tn.Hj.Ahmad Razif juga menyampaikan sumbangan kepada pasangan suami isteri yang hadir di Mesyuarat Agung PIBG kali ini.Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh isteri beliau yang sama-sama hadir bagi memberikan sokongan kepada pihak PIBG SK Bukit Tok Beng.Disamping itu YB.Tn. Hj.Ahmad Razif juga telah menyampaikan sumbangan beliau kepada PIBG SK Bukit Tok Beng sebanyak RM 3,000.00
AJK PIBG sesi 2011/2012 telah dikekalkan hingga ke sesi 2012/1214. Tahniah kepada semua AJK PIBG SK Bukit Tok Beng
21 March 2012
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSDKTU 2012
Selama 12 tahun SK Bukit Tok Beng kegersangan medal.Pada tanggal 21 Mac 2012 Pasukan olahraga SK Bukit Tok Beng dibawah pengurus merangkap jurulatih iaitu En.Azuddin b.Abu Bakar dan ahli jawatankuasanya telah berjaya memecah tembuk halangan tersebut.Pasukan 4 X 100Meter perempuan 12 telah berjaya mengondol pinggat Emas di Kejohanan Tahunan Olahraga MSSDKTU itu. Manakala 4 X 200Meter perempuan 12 telah berjaya membawa pulang pingat perak.
Label:
Kokurikulum
Subscribe to:
Posts (Atom)