Pendaftaran Persekolahan adalah sebagaimana ketetapan berikut :
Tarikh : 31 Disember 2015
Hari : Khamis
Masa : 8.30 am - 11 am
Tempat : Laluan Pejalan Kaki di Kantin
Tahun 1 - di Kelas Masing-masing
sila bawa bersama dokumen berikut :
1. Salinan Surat Beranak Murid
2. Salinan Kad Pengenalan Bapa/Penjaga
3. Salinan Kad Pengenalan Ibu/Penjaga
4. Salinan Sijil Nikah ibubapa
5. Salinan Kad OKU (jika berkenaan)
6. Salinan Penyata Gaji @ Pengesahan Pendapatan ibubapa
Pendaftaran Kemasukan Asrama 2016
Tarikh : 2 Januari 2016
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Asrama SKBTB
Pastikan Datang Awal!!!
29 December 2015
SELAMAT KEMBALI SESI PERSEKOLAHAN 2016
BERWAJAH BARU, LEBIH CERIA DAN LEBIH KOMITED!!!
Sesi persekolahan 2016 akan bermula pada 3 Januari 2016 hari Ahad nanti. Pelbagai persiapan telah dibuat bagi melancarkan sesi tahun 2016 ini. Namun begitu, kami warga skbtb berasa sedih akan pertukaran 2 orang guru iaitu Tn. Hj Mustaffa bin Yusof iaitu mantan PK Pentadbiran yang bertukar ke SK Kompleks Gong Badak sebagai PK Pentadbiran dan juga En. Azuddin bin Abu Bakar yang juga dinaikkan pangkat PK Kokurikulum di SK Pulau Rusa. Semoga kalian terus maju jaya di tempat baru.
Tidak dilupa diucapkan SELAMAT DATANG kepada En. Razali bin Abdullah iaitu PK Kokurikulum yang baru dari Sk Beladau Kolam yang juga menggantikan tempat En. Mohd Dollah bin Mat Ali yang memegang PK Pentadbiran yang baru.
SEMOGA SKBTB TERUS GEMILANG & GAH !!!

19 December 2015
LAWATAN MURID ASRAMA KE LEGOLAND, KILANG YAKULT DAN AQUARIA KLCC 2015
Tanggal 26 Oktober yang lalu, pihak asrama telah mengadakan Lawatan ke Legoland, Johor, Kilang Yakult di Seremban dan juga Aquaria KLCC. Seramai 12 orang guru dan staf serta 32 orang murid telah bersama-sama ke lawatan tersebut. Banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dikutip sepanjang lawatan ini. Semua peserta berpuas hati dan seronok. Lawatan sebegini merupakan acara rasmi asrama setiap tahun selain Jamuan Akhir Tahun dan sambutan hari lahir...
Seronokkan...bestnyer tinggal di asrama....Jomla masuk asrama ramai-ramai lepas ni.

12 December 2015
ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG 2015
Syukur, Alhamdulillah..Tanggal 3 Oktober 2015, ia merupakan detik manis yang telah di tunggu sejak 24 Mei 2015 apabila Asrama Desa SK Bukit Tok Beng telah dianugerahkan ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2015 dan juga ANUGERAH ASRAMA TERBAIK NEGERI 2015. Penyampaian anugerah ini telah berlangsung di Taiping Golf Resort, Perak dan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia iaitu YBHG.DATUK DR KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF.
Jutaan tahniah untuk seluruh warga SK Bukit Tok Beng yang bertungkus lumus membantu dalam persiapan anugerah ini. Tidak dilupakan buat Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan PPD Kuala Terengganu yang telah membantu kami tidak kira siang dan malam, budi tuan kami tidak lupa. Terima Kasih banyak-banyak.

Subscribe to:
Posts (Atom)