Pada 27 Ogos 2015, Program Rehat Minda Sesi Ke 2 telah diadakan di Tasik Kenyir Waterpark. Aktiviti yang melibatkan murid tahun 6 SK Bukit Tok Beng kali ini bertujuan untuk mereka bergembira sambil mandi - manda. Aktiviti bermula seawal 8.00 pagi .Singgah sebentar untuk solat hajat dan bacaan yasin di Masjid Sungai Tong. Selepas itu para murid terus ke Kenyir Waterpark. Program berakhir pada pukul 3.00 petang. Semoga para calon UPSR tahun 2015 ini mendapat kejayaan yang cemerlang