Pada 22 Januari 2015, Majlis Perjumpaan Ibubapa Serta Penjaga Tahun Enam 2015 telah diadakan di dewan SK Bukit Tok Beng. Ibubapa serta penjaga dimaklumkan dengan pelbagai informasi perancangan yang diatur oleh pihak sekolah bagi memantapkan lagi prestasi anak masing-masing. Sesi soal jawab juga dibuka untuk para ibubapa dan penjaga untuk isi-isu yang berkaitan. Majlis berjalan dengan penuh kemeriahan.