Pada 8 Oktober 2014, SK Bukit Tok Beng telah mengadakan Jamuan Majlis Qurban & Aqiqah bertempat berhampiran dengan tempat letak kereta guru dan staf. Majlis tersebut juga merupakan kerjasama pihak seklah dan PIBG. Majlis bermula pada 12.30 tengahari hingga 2.00 petang. Para ibubapa serta penjaga murid yang datang memeriahkan lagi majlis tersebut. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.