SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

29 January 2015

ACARA RENTAS DESA SKBTB 2015

Pada 29 Januari 2015, Acara Rentas Desa 2015 SK Bukit Tok Beng telah diadakan. Acara bermula 8.30 pagi ini disertai oleh semua murid SKBTB. Murid-murid kelihatan begitu cergas serta bersemangat sekali untuk menghabiskan aktiviti tahunan ini. Tahniah pada murid-murid yang berjaya mendapat tempat !

26 January 2015

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SKBTB BAGI TAHUN 2015

Pada 26 Januari 2015, Majlis Perlantikan Pengawas baru bagi sesi 2015 telah diadakan di tapak perhimpunan SK Bukit Tok Beng. Di samping majlis yang gilang-gemilang ini, acara demonstrasi oleh persatuan Taekwondo juga telah diadakan. Majlis berjalan dengan lancar. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya dilantik. Semoga menjadi para pengawas yang cergas serta indah akhlaknya.