SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

23 September 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN ZAKAT MRSB

Pada 23 September 2013, Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat MRSB telah diadakan di dewan SK Bukit Tok Beng. Majlis turut dihadiri oleh ibubapa dan penjaga kepada murid. Seramai 6 orang wakil dari MRSB hadir dalam majlis tersebut. Di samping sumbangan zakat, pihak MRSB juga ada menawarkan pembukaan akaun simpanan wang Cheeky kepada murid-murid yang berminat untuk menabung di MRSB. Pelbagai cenderamata disediakan untuk yang membuka akaun simpanan Cheeky tersebut. Bak kata pepatah adik-adik, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

09 September 2013

PROGRAM TITISAN ILMU CALON UPSR 2013

Pada 9 September 2013, Program Titisan Ilmu Calon UPSR telah berlansung di dewan SK Bukit Tok Beng. Dalam program ini, murid tahun enam diberi sedikit motivasi dan tips untuk menghadapi UPSR oleh para guru. Murid murid tahun enam juga mengambil peluang memohon ampun dan restu atas segala kesalahn dan ilmu dari guru-guru SK Bukit Tok Beng. Semoga mereka diberkati Allah S.W.T.