SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

22 August 2013

MAJLIS SAMBUTAN MERDEKA DAN RAYA 2013

Sk Bukit Tok Beng telah mengadakan Majlis Sambutan Merdeka dan Raya pada 22 Ogos 2013. Majlis dimulakan dengan perhimpunan dan ucapan dari Tuan Guru Besar di tapak perhimpunan Sk Bukit Tok Beng. Suasana majlis cukup meriah dengan warga sekolah berpakaian baju melayu dan baju kurung. Majlis diteruskan dengan pelbagai aktiviti di dewan SK Bukit Tok Beng.

05 August 2013

SAMBUTAN AMBANG AIDIL FITRI PERINGKAT SK BUKIT TOK BENG 2013/1434 H

SK Bukit Tok Beng selesai mengadakan Majlis Sambutan Ambang Aidil Fitri pada hari Isnin 5 Ogos 2013.Sambutan ini diadakan oada jam 10.30 Pagi dengan dimulakan dengan Tazkirah Aidil Fitri Oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Rizal b. Othman.Selepas itu diikuti dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar En. Ramli b.Rani.Kemudian Majlis diteruskan dengan penyampaian bantuan pakaian hari raya kepada 50 orang anak-anak yatim dan anak-anak miskin SK Bukit Tok Beng yang diuruskan oleh unit Kebajikan di bawah Hal Ehwal Murid SK Bukit Tok Beng.Pakaian ini hasil sumbagan ibu bapa dan penjaga termasuk para guru yang perihatin.Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat memberikan sedikit kepada anak-anak ini.Diikuti sumbagan kepada pekerja swasta dan seterusnya pengagihan duit raya kepada semua murid yang hadir pada hari tersebut.Majlis selesai pada jam 12.20 tgh hari.