SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

17 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA MURID ASRAMA 2013

SK Bukit Tok Beng selesai mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama - Sama Pelajar Asrama Sekolah Negeri Terengganu 2013. Majlis ini berlansung pada 17 Julai 2013 dan bertempat di dewan makan asrama desa SK Bukit Tok Beng. Majlis ini turut dihadiri ibubapa murid.

15 July 2013

TADARUS AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN 1434 HIJRAH

Di bulan Ramadhan ini pelbagai acara diatur bagi menyambut ke datangannya. Salah satu daripada aktiviti yang dijalankan sempena Ramadhan ini ialah Program Tadarus Al-Quran.Program ini telah disusun oleh Panitia Pendidikan Islam SK Bukit Tok Beng. Waktu pagi Ihya'Al-Quran diadakan di Dataran Ilmu SK Bukit Tok Beng. Waktu rehat Tahap 1 dan 2 diisi dengan Tadarus Al-Quran.Tadarus ini dipimpin oleh Ustaz dan Ustazah SK Bukit Tok Beng.

08 July 2013

SAMBUTAN KETIBAAN BULAN RAMADHAN 1433 HIJRAH

          Kelab Guru SK Bukit Tok Beng dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil sempena dengan kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini.Semua warga SK Bukit Tok Beng terlibat dengan program ini.
          Program anjuran Kelab Guru dan Panitia Pendidikan Islam ini dijalankan pada 8.Julai 2013 iaitupada hari Isnin.Maajlis ini telah dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Rizal b. Othman. Majlis dimulai dengan bacaan Surah Yassin dan diikuti dengan tahlil dan di akhiri dengan bacaan Doa. Semoga Majlis ini memberi manafaat kepada semua warga SK Bukit Tok Beng di dunia dan akhirat.