SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

22 April 2012

KEJAYAAN KUMPULAN NASYID SAKINAH MAWAHDAH

Pada hari Khamis 19.April.2012Kumpulan Nasyid yang diberi nama Sakinah Mawahdah Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng telah menyertai Pertandingan Nasyid anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Seberang Takir yang diadakan di Dataran Permata,Kampung Baru Seberang Takir.
Dalam Pertandingan tersebut Sakinah Mawahdah yang mewakili Sekolah SK Bukit Tok Beng telah menjuarai Pertandingan Nasyid Peringkat Sekolah Rendah. Kumpulan ini dianggotai seramai 10 orang murid iaitu Anis Nur Izzati Md Hazani, Aina Fikriyah Pauzi, Nurul Izzati  Nurlia, Norhatiekah Ramlan, Nurul Nabilah Ramli, Tengku Nur Jannah, Wan Nafizah W. Bakar, Siti Naimah Abdul Manan, Nurul Adiha Mohd Zaki dan Izleen Farhanah Husain. Kumpulan ini telah dilatih oleh Guru Panitia Agama Islam / J-QAF dan dibantu Guru Pra.Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua yang terlibat mengharumkan nama SK Bukit Tok Beng. Segala penat jerih anda tetap dihargai.

17 April 2012

LAWATAN NAZIR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA APRIL 2012

Selasa 17 April 2012 ,rombongan Nazir daripada Kementerian Pelajaran Malaysia telah berkunjung ke SK Bukit Tok Beng. Lawatan Ini diketuai Timbalan Ketua Nazir Kementerian Pelajaran,Timbalan Ketua Nazir Negeri Terengganu dan pegawai daripada PPD Kuala Terengganu.Rombongan Nazir seramai 6 orang ini hadir seawal 7.30 pagi.Kehadiran mereka telah disambut oleh Tn, Guru Besar SK Bukit To Beng iaitu En. Ramli b. Rani.Rombongan Nazir telah memantau Program Linus dari segi Limurasi dan Literasi yang dijalankan di SK Bukit Tok Beng. Mereka juga memantau Pra sekolah dan juga J-QAF. Pada jam 1.15 Petang rambongan ini telah berjumpa dengan semua guru yang terlibat dengan Linus. Dalam perjumpaan ini beberapa nasihat dan teguran telah dibuat oleh pihak Nazir bagi mengemaskinikan lagi Linus di SK Bukit Tok Beng.Rumusan rombongan Nazir berpuashati dengan pencapaian sekolah menerusi Program Linus ini. Rombongan ini beredar dari SK Bukit Tok Beng pada jam 2.00 Petang.

10 April 2012

MAJLIS JAMUAN HI-TEA PERTUKARAN GURU DAN STAFF 10 April 2012

Sudah menjadi lumrah dunia bertemu dan berpisah adalah perkara biasa.Pada Tahun 2012 yang baru tiba ke bulan April, SK Bukit Tok Beng telah kehilangan warga kerja seramai 10 orang yang terdiri daripada guru-guru dan staffnya. Sehubungan dengan itu Kelab Guru dan Staff SK Bukit Tok Beng telah mengadakan jamuan untuk meraikan perpindahan mereka . Kali ini Kelab Guru dan Staff telah memilih Hotel Tanjung Vista sebagai tempat Majlis Meraikan Perpisahan Staff SK Bukit Tok Beng . Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi Majlis, bacaan doa serta jamuan. Semasa jamuan berlangsung,guru-guru dan staff yang bertukar memberikan ucapan dan diakhiri dengan ucapan Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK Bukit Tok Beng iaitu En. Ramli bin Rani.Penyampaian cenderahati kepada Guru-guru dan Staff yang bertukar.di akhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan guru dan staff yang bertukar bersama dengan pihak pengurusan SK Bukit Tok Beng.