SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

31 March 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG SK BUKIT TOK BENG 2012

PIBG SK Bukit Tok Beng telah selesai menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan Pada 30.March 2012.Mesyuarat ini dijalankan pada hari Jumaat bermula jam 8.30 Pagi.Mesyuarat Agung Kali ini dirasmikan oleh YB.Tn.Hj.Ahmad Razif b. Abdul Rahman iaitu ADUN Seberang Takir merangkap EXCO Pelajaran,Pengajian Tinggi dan Sains Teknologi Negeri Terengganu.Ucapan beliau menyentuh peranan PIBG dalam membantu pihak sekolah dari segi kewangan dan peranan ibu bapa dan penjaga terhadap anak-anak mereka.YB.Tn.Hj.Ahmad Razif juga menyampaikan sumbangan kepada pasangan suami isteri yang hadir di Mesyuarat Agung PIBG kali ini.Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh isteri beliau yang sama-sama hadir bagi memberikan sokongan kepada pihak PIBG SK Bukit Tok Beng.Disamping itu YB.Tn. Hj.Ahmad Razif juga telah menyampaikan sumbangan beliau kepada PIBG SK Bukit Tok Beng sebanyak RM 3,000.00 AJK PIBG sesi 2011/2012 telah dikekalkan hingga ke sesi 2012/1214. Tahniah kepada semua AJK PIBG SK Bukit Tok Beng

21 March 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSDKTU 2012

Selama 12 tahun SK Bukit Tok Beng kegersangan medal.Pada tanggal 21 Mac 2012 Pasukan olahraga SK Bukit Tok Beng dibawah pengurus merangkap jurulatih iaitu En.Azuddin b.Abu Bakar dan ahli jawatankuasanya telah berjaya memecah tembuk halangan tersebut.Pasukan 4 X 100Meter perempuan 12 telah berjaya mengondol pinggat Emas di Kejohanan Tahunan Olahraga MSSDKTU itu. Manakala 4 X 200Meter perempuan 12 telah berjaya membawa pulang pingat perak.