SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

25 February 2012

KARNIVAL BOLASEPAK MSSDKTU

Pasukan bolasepak SK Bukit Tok Beng telah menyertai Karnival Bolasepak MSSDKTU anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia pada 25 Feb.2012.Banyak sekolah dalam Daerak Kuala Terengganu Utara telah menghantar pasukan bolasepak ke Karnival tersebut.Pasukan SK Bukit Tok Beng telah menjuarai kumpulan D dan berjaya sampai ke paringkat suku akhir karnival tersebut.

19 February 2012

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT SK BUKIT TOK BENG

Pihak sekolah SK Bukit Tok Beng menerusi unit JQAF dan Panatia Pendidikan Islam telah berjaya menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat sekolah.Beberapa orang murid telah berjaya dalam ujian tilawah itu.Sehubungan mereka yang berjaya akan dipilih mewakili sekolah ke peringkat zon PKG Tok Jiring.

17 February 2012

PERJUMPAAN IBUBAPA DAN PENJAGA TAHUN 6

Program Perjumpaan Ibu bapa / Penjaga Tahun 6, 2012 Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng telah mengorak langkah dengan mengadakan program Perjumpaan ibu bapa dan penjaga Tahun 6 pada 16 Feb.2012 bertempat di Dewan SK Bukit Tok Beng.Perjumpaan ini mendapat kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan guru SK Bukit Tok Beng.Dalam perjumpaan ini pihak sekolah memaklumkan program yang akan dijalankan sepanjang tahun ini.Ibu bapa dan penjaga murid tahun 6 juga bersetuju dengan sebulat suara meluluskan kutipan bagi penubuhan tabung pendidikan UPSR.Perjumpaan ini telah mencapai matlamat yang diharapkan.