SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BULETIN RASMI SK BUKIT TOK BENG,21300 KUALA NERUS, TERENGGANU. TEL : 09-6626236 FAX : 09-6626237 Email : skbukittokbeng@gmail.com

31 July 2011

Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama Sesi 2011/2012

Pada 31 Julai 2011 telah diadakan Mesyuarat AJK Kali Pertama Sesi 2011/2012.Dalam Ucapan YDP yang baru En.Nasir b. Awang mengharapkan semua AJK yang dilantik dari kalangan ibubapa dan guru dapat memberikan kerjasama dalam semua aspek bagi kecemerlangan dan kebajikan murid SK Bukit Tok Beng.
Dalam Mesyuarat tersebut, Guru Besar SK Bukit Tok Beng, En.Sulaiman b. Saian telah memaklumkan beberapa program yang telah berjaya dilaksanakan.Antara program tersebut ialah Kem Melonjakkan Prestasi UPSR, Program Ihya'Al-Quran.
Semasa bermesyuarat beberapa cadangan telah dikemukakan oleh ibubapa antaranya "Kedudukan Sign Board Yang perlu diubahsuai tempatnya, kerana kurang jelas.Mohon lampu jalan di jalan masuk ke SK Bukit Tok Beng dan lain-lain cadangan.Mesyuarat berakhir jam 4.30 Petang.







29 July 2011

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2- TAHAP 2

Pada Hari Khamis 29 Julai 2011,Kem Bestari Solat Siri ke-2 bagi murid-murid Tahap 2 telah berjaya diadakan. Objektif utama Kem Bestari Solat diadakan supaya Murid-murid SKBTB dapat menguasai bacaan dan perlakuan dalam Solat. Kem Bestari Solat tersebut telah dibantu oleh Guru-guru KAFA SKBTB. Kem Bestari Solat Juga bertujuan melatih murid-murid tahun 6 mengetahui cara pelaksanaan Solat Jenazah yang betul. Kem Bestari Solat pada hari tersebut diakhiri dengan zikir munajat dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Rusnani Bt Abu Bakar.

27 July 2011

KURSUS ASAS KAEDAH MEMBACA CARA FONETIK

KURSUS ASAS KAEDAH MEMBACA CARA FONETIK berjaya dilaksanakan pada Hari Selasa 27 Julai 2011 yang lalu.Kursus Asas ini dikelolakan Unit PRA SK Bukit Tok Beng. Kursus ini dianjurkan dengan tujuan dapat memberikan pendedahan asas kaedah mengajar secara fonetik kepada guru-guru dan ibubapa di rumah.Peserta-peserta kursus terdiri daripada guru-guru Tahun 1,Guru Pengajian Islam dan para ibu bapa. Pihak penganjur telah menjemput Penceramah khas iaitu Pn.Faridah bt.Mamat bagi menerangkan Kaedah Membaca Cara Fonetik ini.Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn. Guru Besar SK Bukit Tok Beng, En.Sulaiman b. Saian.

24 July 2011

LAWATAN PEGAWAI DARI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pagi ini, Ahad (24 Julai 2011) SK Bukit Tok Beng telah menerima tetamu dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan diiringi pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.Lawatan Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dr Hjh. Zaida bt. Mustafa berkenaan dengan Panitia Bahasa Inggeris. Tujuan kedatangan beliau adalah ingin membantu pihak sekolah khususnya panitia Bahasa Inggeris dalam meningkatkan pencapaian dan penarafan sekolah dalam Bahasa Inggeris.Dalam perbincangan dengan pihak sekolah, Dr Hjh.Zaida bt. Mustafa banyak memberi pandangan dan nasihat kepada pihak sekolah khususnya kepada Panitia Bahasa Inggeris.Pihak Sekolah SK Bukit Tok Beng mengucapkan Ribuan terima Kasih di atas kedatangan beliau ke sekolah ini.


KEM LONJAKAN PRESTASI UPSR 2011

Kem Lonjakan Prestasi UPSR 2011 merupakan satu program yang disusun oleh Pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng di bawah jawatankuasa Program Kecemerlangan UPSR.Program ini terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa 1 pada 23 hingga 25 Jun dan fasa 2 pada 22 hingga 23 Julai. Objektif program ini adalah untuk melonjakan prestasi calon UPSR 2011 khususnya peningkatan bilangan 5 A dan lulus minimum C serta mencapai target sekolah.Program ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan kepada murid tentang teknik menjawab soalan UPSR dengan betul dan tepat bagi mengukuhkan kemahiran murid.
Pengisian program ini terbahagi kepada 4 komponen utama iaitu Teknik Menjawab Soalan,Program Motivasi,Program Kerohanian dan Latihtubi Menjawab Soalan.

19 July 2011

Hari Pusat Sumber

PSS SK Bukit Tok Beng telah mengadakan Program Hari Pusat Sumber Sekolah pada hari ini bermula jam 2.00 Petang.Objektifnya ialah membina perlakuan serta amalan minat membaca dan cintakan buku sebagai budaya hidup yang berterusan dan juga kesedian bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat "amalan membaca jambatan ilmu"
Program ini diisi dengan pelbagai acara yang melibatkan semua tahap murid.
Antara acara yang dijalankan 1.MEKANISMA BACAAN B.M-Tahun 1&2 2.MEKANISMA BACAAN B.I -Tahun 1,2&3 3.MEKANISMA BACAAN JAWI-PESERTA TAHUN 1,2&3 4.MEKANISMA BACAAN B. ARAB-Peserta tahun 4,5&6 5.PERTANDINGAN BERCERITA B.M-peserta tahun 3Amanah & 4Amanah 6.KUIZ SAINS-Murid Tahun 4,5&6 7.KUIZ MATEMATIK-Peserta Tahun 4,5&6. Program yang dilaksanakan ini mendapat sambutan yang hangat dikalangan murid.Program ini juga berjalan dengan lancar dan sempurna.

13 July 2011

Rehat Minda

Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng dan Persatuan Ibu Bapa dan guru serta dengan sokongan dan bantuan YB Tuan. Hj Ahmad Razif  Bin. Abdul Rahman  ADUN Seberang Takir telah menganjurkan satu Program yang dinamakan Rehat Minda.Program ini khusus bagi murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada bulan September nanti.
Tujuan diadakan Program ini adalah untuk memberi kerihatan minda dan ketenangan di kalangan murid-murid tahun 6 SK Bukit Tok Beng sebelum menghadapi Peperiksaan UPSR .Diharap program  ini dapat memberi motivasi kepada murid-murid tahun 6.
Program ini telah dijalankan pada Hari Isnin ( 11 Julai 2011 ) yang lalu.Seramai 106 orang murid telah dibawa ke Gambang Water Park dengan diiringi 11 orang guru yang diketuai oleh Guru Besar SK Bukit Tok Beng. Murid-murid dibawa dengan menaiki 3 buah bas yang disewa khas oleh pihak sekolah.
Rombangan ini bertolak pada jam 8.00 pagi dan tiba di Taman Tema Air Bukit Gambang pada jam 12.00 tengah hari. Murid - murid begitu seronok  bermandi-manda dan bermain dengan permainan yang disediakan.
Rombongan sekolah kami pulang pada jam 11.00 malam dan sempat singgah di Mesra Mall untuk membeli belah dan makan malam.
Objektif program rehat minda ini berjaya mencapai matlamatnya.

01 July 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2011/2012 SK BUKIT TOK BENG

Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Tok Beng telah diadakan pada 1 Julai 2011 yang lalu.Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Tok Beng kali ini dirasmikan oleh Exco Pelajaran,Pendidikan Tinggi,Sains Teknologi dan Sumber manusia Terengganu,YB.Tn.Hj. Ahmad Razif b.Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Seberang Takir.
Ketibaan beliau telah disambut dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar.YB juga sempat memeriksa perbarisan unit badan beruniform SK Bukit Tok Beng.
Dalam ucapan perasmian YB berharap ibubapa dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan kecemerlangan anak-anak mereka.Keperihatinan YB terhadap Kehadiran ibubapa dapat dilihat dengan cenderahati yang disampaikan oleh beliau kepada ibubapa yang datang secara berpasangan ke Mesyuarat PIBG ini.
Mesyuarat kali ini telah melantik YDP yang baru iaitu En.Mohd Nasir b. Awang dan Timbalan YDP Dr.Saari b. Abdul rahman.YDP sebelum ini,En.Mohd Jamil b. Mohd Ali telah melepaskan jawatan atas sebab-sebab kesihatan.Mesyuarat ini selesai jam 12.30 Tengahari.